Perjalanan Nazmi Faiz masih jauh

WALAUPUN
dihujani pujian hasil aksi yang mencuri perhatian, laluan pemain tengah
Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor untuk bergelar pemain berkualiti masih
jauh.
Hasil
ledakan gol cantik dicipta Nazmi ke gawang Bahrain pada aksi kelayakkan
olimpik yang lalu menyaksikan aksinya sentiasa ditagih peminat sukan
bola sepak tanah air.
Malah timbul spekulasi dia kini menjadi buruan pasukan Liga Malaysia, termasuk beberapa pasukan Liga Super.
Namun
jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berpendapat lebih baik Nazmi
kekal dalam skuad dipantau Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM demi untuk
menggilap bakatnya, selain menangani masalah kecergasan kini
membelenggunya.
Mujur
Nazmi juga tidak terlalu ghairah dengan perhatian meluas diterimanya
sejak berjaya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas.
Malah
dia tahu masih banyak perlu dipertingkatkan apabila sedar aspek
kemahiran teknikal sahaja tidak cukup untuk beraksi dengan baik
sepanjang 90 minit permainan.
Pada usia yang muda, Nazmi sudahpun mencapai pingat emas bersama-sama skuad negara pada temasya Sukan Sea Indonesia yang lalu.
kredit : sokernet.com
No comments:
Post a Comment