Terima Kasih Kerana Hadir .. Anda Yang Ke

Followers

Tuesday 24 January 2012

Perjalanan Nazmi Masih Jauh



Perjalanan Nazmi Faiz masih jauh

Perjalanan Nazmi Faiz masih jauh
WALAUPUN dihujani pujian hasil aksi yang mencuri perhatian, laluan pemain tengah Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor untuk bergelar pemain berkualiti masih jauh.

Hasil ledakan gol cantik dicipta Nazmi ke gawang Bahrain pada aksi kelayakkan olimpik yang lalu menyaksikan aksinya sentiasa ditagih peminat sukan bola sepak tanah air.

Malah timbul spekulasi dia kini menjadi buruan pasukan Liga Malaysia, termasuk beberapa pasukan Liga Super.

Namun jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee berpendapat lebih baik Nazmi kekal dalam skuad dipantau Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM demi untuk menggilap bakatnya, selain menangani masalah kecergasan kini membelenggunya.

Mujur Nazmi juga tidak terlalu ghairah dengan perhatian meluas diterimanya sejak berjaya membantu Malaysia mempertahankan pingat emas.

Malah dia tahu masih banyak perlu dipertingkatkan apabila sedar aspek kemahiran teknikal sahaja tidak cukup untuk beraksi dengan baik sepanjang 90 minit permainan.

Pada usia yang muda, Nazmi sudahpun mencapai pingat emas bersama-sama skuad negara pada temasya Sukan Sea Indonesia yang lalu.

kredit : sokernet.com

No comments:

Post a Comment